(Pure Bahasa Melayu time)
Hidup kita ni sekejap turun, sekejap naik. Itulah lumbah hidup. Bagi diri aku, hidup ni memang susah, fikirkan pasal study, kerja, lessen, family, hati dan perasaan orang. Aku jenis simpati pada orang. Kadang kadang kesian tu meliputi semuanya. Tapi tak selalu lah. Tengok keadaan jugak. Aku lebih rela buat apa sahaja untuk melihat kesenangan orang lain. Walaupun membahayakan diri aku, walaupun orang fikir aku bodoh dan walaupun aku yang tanggung risikonya. Apa aku lalui sekarang pun risikonya tinggi melambung. Memang gila babi punya lah. Sekali hacur sikitnya, hancurlah hidup aku. Result SPM tak keluar lagi. Hidup aku kerja dan lepak. Kadang kadang nak menyendiri pun ada. Tapi aku dah ada perasaan orang yang WAJIB aku jaga. Cinta. Tak kemana juga. Memang ia buat kita khayal dan gembira. Itu hanyalah sementara. Hilang boyfriend atau girlfriend depan mata, kekeruhan melanda jiwa dan perasaa dan setiap detik bahagia ada deritanya. Cinta datang dan pergi. Sama juga dengan kawan. Semuanya datang dan pergi. Tapi yang membentuk kawan sejati datangnya dari hati yang ikhlas dan suci. Kalau asyik fikirkan kebahagiaan diri sendiri walaupun harus memusnahkan hidup orang lain, buat apa berkawan. Baik hidup sorang sorang kalau nak “jual ikan”. Backstabber ataupun pemusnah hidup kawan sendiri. Dah banyak dah aku jumpa kalangan kalangan makhluk macam ni. Semakin hari bertambah tambah golongan backstabber dalam hidup aku ni terutamanya kawan sendiri yang backstab hidup aku. Naik bosan pun ada. Tapi kalau sampai menyusahkan dan merampas kebahagiaan orang, kawan baik macam mana pun korang rasa nak belasah je budak macam tu kan? Aku ni suka buang yang keruh, ambil yang jernih. Tapi masalahnya, satu pun yang ternih tak mengalir dalam kisah hidup aku sekarang. Kini aku pun resah gelisah. Mana aku nak cari kejernihan hidup yang aku nanti nantikan ni. Bak kata orang, usaha tangga kejayaan. So, aku pun berusahalah cari apa yang buat aku bahagia sekarang. Drugs? Alcohol? clubs? sex? Medicine? Knife? Semua tak boleh pakai plus aku masih jaga adab dan kemahuan nafsu dan syaitan sebagai seorang remaja dan perempuan. Lagi merosakkan diri aku adalah. Tapi nilah jalan hidup remaja. Bila datang masalah sikit, benda benda tulah yang mereka cari. Kalau boleh semua benda dalam hidup ni aku nak cuba. Baik yang baik atau yang buruk. Tapi otak aku waras lagi. Iman aku pun kuat lah lagi. Penat. Letih. Bosan. Serabut. Semuanya datang serentak dalam hidup aku. Akhirnya sekarang . satu demi satu makan diri aku. Kenapa ya kita harus hidup macam ni ? jawapannya aku pun tak pasti…
“Hidup ini memang palat, tapi esok masih ada”-Kami The Movie
Lifeless or happiness,
-NV-